Selamat Hari raya maaf zahir batin dari aku sekeluarga... to all bloggers. Tak sah rasanyer kalu tak makan ketupat cecah ikan pekasam dan petai jeruk kat umah tok aku. Di sertakan di sini gamaq family aku..kut kut korang jumpa kat pasar...bleh kem salam kat aku. aku. Err.. satu lagi... tahun ni aku ader baju baruuu hehehehe..dah lamer tak da baju baru, kesian aku. Posting ni lambat cket..sbb kampung aku takda internet, dan ikan belanak pindang, korang OK?. Ari nih meh kita bincang pasal rancangan TV time raya, applicable untuk TV nasional shj.. ASTRO tidak terlibat dalam hal ini.
1. 90 % drama raya adalah pasal kisah sedih, dan 89.999% berakhir dengan kematian. Takda satu pong citer pasal ‘kamikaze’ nak dapatkan tiket bas balik raya ker.. gaduh nagn bos tak dapat cuti kerr... kena pau tiket berkali kali ganda dari tokey bas kerr.... ker aku yg tak tgk citer2 tuh. Tapi, kalu ader pong... mmg 0.05% jer la. Walaupun agak menyampah..aku layan gak.. sbb tu jer canel masuk kat kg aku nih
2. Banyak nor drama raya...tak cukup ngn drama tempatan...import lagi sinetron dari indon. Cerita magis dari Indonesia sempena raya... gadis sepatu merah, kucing bersepatu but...chit!
3. Iklan raya yang agak b@ngs@+ ialah iklan KFC. Citer dia cam ni..Budak tu lam umur 12 tahun gitu..wat odd jobs cam cat umah org, sapu sampah dan lelain sbb dia nak beli baju raya. Besanyer dia selalu pakai raya abang dia..kira hands down nyer baju la... Then dia p kedai nak beli baju..tetiba nmpak KFC.. instead of beli baju... dia beli KFC barrel tok family dia. Umah dia ialah rumah batu... dia ni kalu kat kg aku..mmg tak dapat pinjaman buku teks. Nak wat iklan pong agak agak laaa....
4. Category iklan rasa fast food, McD yg paling OK. APak dia beli McD wat berbuka... tok anak dia yg dok ngadu penat. Budak tu lam umur 7-8 tahun...kira baru nak blaja poser ler nih. Tapi yg tak logic cket ialah budak tu ngn semangat nak makan McD. Setahu aku..budak besar tu nak toys jer. Lam iklan tuh...satu family makan McD... hmm..kalu aku laa.... sure carik nasik gak
5. Penyanyi lagu raya paling b@ngs@+ jatuh kepada Anuar Zain (sorry wanja). Tak yah laa nak beremosi nyanyi lagu raya ala ala terpejam tercelik tuh. Cukup tetakat nyanyi cam tu lagu ‘Lelaki ini’ dah.. I think he should stick tu ‘ berlalu lah sudaah Ramadhan.. sebulan berpuasa..’ Lagu tuh takmao nyanyi laks.
6. Ader lagi program sarkas ghopernyer..ingtkan sarkas show time raya dah pupus.
7. Pengiring Tuanku Mizan pakai baju kaler pink maser solat raya hehehehe. Ilang macho depa.
8. Apa konsep baju Tok Ti lam ‘Teratak Siti Nurhaliza’? aku kurang paham. Konsep baju baby doll kah? Atau Hetty Koes Endang kah? Atau telekung raya mak aku kah? Penuh ngan renda dan ropol. Apa apa pong.... sib baik tak pakai tudung ‘hood’
9. Err..iklan “lasindah”- syamsul ghau ghau & ifa raziah termasuk lam iklan raya tak? Heheheh,,yg tu tak tau nak letak lam category aper.
Itu shj posting raya buat kali iniMaaf zahir batin untuk kengkawan smua :)
yours truly.... hasnah
Note: tumpang sebok.. slamat hari raya n maap zahir batin gak.. reena n aisyah
Category
General
2 yang sengal:
nah, ko raya tengok TV je ke? err... mana muka lawa hang? apsal tak pakai raya?
huk aloh.. ngutuk no 1...
Post a Comment